• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Fenomena Gerhana Matahari Separa

Sabak Bernam, 21 Jun – Fenomena Gerhana Matahari Separa dapat disaksikan secara langsung melalui FB Live Balai Cerap Selangor pada sekitar jam 2:44 petang dimana bulan hanya menutupi sekitar 11% sahaja permukaan Matahari. Fenomena ini telah berlangsung selama 2 Jam 9 minit 14 saat bermula jam 2:44 petang hingga 4:54 petang.

Sempena fenomena Gerhana Matahari Separa ini, disunatkan untuk kita menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari. Solat ini boleh ditunaikan dalam tempoh masa ketika gerhana berlaku. Sebagai contoh di Balai Cerap Selangor, Solat sunat boleh dilakukan bermula pada 2:45 petang sehingga 4:54 petang.

Fenomena ini boleh dilihat di lokasi masing-masing dengan menggunakan cermin mata khas gerhana atau beberapa kaedah lain yang selamat. JANGAN LIHAT FENOMENA INI SECARA TERUS MENGGUNAKAN MATA kerana ianya akan merosakkan/mendatangkan kecederaan yang serius kepada mata.