A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Proses Fatwa

Tatacara Pembuatan Fatwa di Negeri Selangor :

BIL                    TATACARA                               KETERANGAN
1. Permohonan        Permohonan daripada agensi kerajaan, swasta atau individu untuk mendapatkan sesuatu fatwa bagi isu-isu baharu.
2. Menajalankan Kajian     Sekiranya isu baharu, maka kajian akan dilaksanakan dan seterusnya menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat.
3. Pelaksanaan Mesyuarat  Mufti akan mempengerusikan Mesyaurat Jawatnkuasa Fatwa untuk membincangkan isu tersebut dan membuat keputusan.
4. Pemakluman kepada MAIS Mufti akan membentangkan keputusan fatwa dalam Mesyuarat MAIS.
5. Memohon Perkenan Selepas menimbang teliti sesuatu fatwa (sekiranya diwartakan). MAIS akan membuat syor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor untuk mendapat perkenan pewartaan. 
6. Pemakluman kepada Kerajaan Setelah diperkenan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, MAIS hendaklah memaklumkan fatwa tersebut kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
7. Pewartaan Setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, fatwa tersebut hendaklah disiarkan dalam warta.