A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Perpustakaan Jabatan

Jabatan Mufti Negeri Selangor ada menyediakan Bilik Perpustakaan sebagai gedung rujukan. Ia dibuka kepada semua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor, kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah, kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor serta orang awam. Perpustakaan Jabatan Mufti Negeri Selangor telah ditubuhkan pada bulan Februari 1999 dan mengandungi pelbagai bahan rujukan seperti buku/kitab rujukan agama, bahan terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan sebagainya.

Peraturan Pinjaman Buku

  • Peminjaman bahan terhad kepada warga kerja Jabatan Mufti Negeri Selangor, kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah dan kakitangan Jabatan Kehakiman Negeri Selangor sahaja.
  • Kuantiti pinjaman yang dibenarkan adalah sebanyak tiga buah sahaja pada satu-satu masa dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh peminjaman dibuat.
  • Perpustakaan dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat) dan ditutup pada cuti umum.

arrow Rujuk Arahan Perpustakaan Jabatan Mufti Negeri Selangor di sini

Bahan Bacaan

  • Umum
  • Al-Quran & Ulum Al-Quran
  • Hadis & Ulum Hadis
  • Tauhid & Perbandingan Agama
  • Fiqh & Usul Fiqh
  • Dakwah
  • Akhlak & Tasawwuf
  • Sirah
  • Falak & Astronomi
  • Politik & Undang-undang Malaysia
  • Kamus
  • Bahan terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor
 
Senarai buku perpustakaan yang terkini boleh diakses melalui telefon pintar dengan memuat turun mobile app kami di pautan berikut: