Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 18 Mei 2021 telah membincangkan dan mengambil maklum:
a) Kertas ini adalah sepertimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 6 Ogos 2019 yang meminta pihak Perbadanan Wakaf Selangor mengemukakan laporan perincian perolehan dan perbelanjaan kepada mesyuarat pada setiap (6) enam bulan; dan
b) Mesyuarat mengambil maklum Pengambilan Keuntungan Simpanan tetap Islamik Di Perbadanan Wakaf Selangor bermula 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 adalah sepertimana yang telah dibentangkan.
Bertarikh 18 Mei 2021
(MJKFNS. BIL.3/2021)
DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor