Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadal Akhirah 1441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:
Keputusan mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 12 Februari 2020 yang membuat keputusan bahawa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya.
Sehubungan dengan itu, satu kertas kerja berkaitan Isu Penamaan Bin/ Binti Abdullah Kepada Anak Tak Sah Taraf akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor akan datang. Ini kerana fatwa pada 28 April 2005 iaitu Garis Panduan Mengenai Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syarak tidak memutuskan penamaan anak tak sah taraf tersebut.
Bertarikh 18 Februari 2020
(MJKFNS. BIL.1/2020)
DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor