• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Berkaitan Status Zakat Bagi Pemilikan Ekuiti (Syarikat) Yang Digadaikan Dan Akaun Rezab Perkhidmatan Hutang (Debt Service Reserve Account/ DSRA)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawwal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:

 

(1) Status Zakat Bagi Pemilikan Ekuiti (Syarikat) Yang Digadaikan:

 

   PLC wajib mengeluarkan zakat perniagaan (kaedah modal kerja/ modal berkembang), walaupun seluruh saham/ ekuiti pegangan pemilik substantial telah digadaikan, selagi mana harta itu masih menjadi milik sempurna (الملك التام).

 

(2) Akaun Rezab Perkhidmatan Hutang (Debt Service Reserve Account/ DSRA)

 

   Wang Debt Service Reserve Account (DSRA) tidak dikenakan zakat kerana bukan milik sempurna (الملك الناقص). Manakala Roll-Over Fixed Deposit (ROFD) diwajibkan zakat kerana ia adalah milik sempurna (الملك التام).

 

Bertarikh 2 Julai 2019

(MJKFNS. BIL.3/2019)

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

 

>> Muat Turun Fatwa