A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Hukum Produk Makanan Ubah Suai Genetik (Makanan Bioteknologi Moden) Berasaskan Haiwan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2019 yang bersidang pada 7 Jumadal Akhirah 1440H bersamaan 12 Februari 2019 memutuskan:

 

(1) Produk Makanan Ubah Suai Genetik (Makanan Bioteknologi Moden; GMO/GMF) adalah halal dimakan sekiranya:

 

   (a) Ia berasaskan DNA haiwan yang halal atau tumbuh-tumbuhan;

 

   (b)  DNA haiwan daratan yang halal itu telah disembelih apabila proses pengambilannya melibatkan anggota besar. Jika ianya melibatkan sel atau anggota kecil yang tidak menyebabkan haiwan berkenaan mati atau terseksa, maka hukum memanfaatkannya adalah harus;

 

   (c)  DNA hidupan air yang halal dan tidak memudaratkan pengguna;

 

   (d)  DNA yang diambil tidak bersumberkan najis;

 

   (e)  Telah berlaku proses istihalah tammah;

 

   (f)  Diyakini terdapat maslahah yang lebih besar;

 

   (g)  Najis yang wujud dalam haiwan terbabit dapat dihilangkan seperti hukum binatang jallalah; dan

 

   (h)  Produk GMF yang berasaskan haiwan haram diharuskan ketika dharurah

 

(2) Keputusan fatwa ini menyentuh kepentingan nasional. Berdasarkan kepada Seksyen 51 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, keputusan fatwa ini ditangguhkan dan diangkat kepada pihak Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), JAKIM.

 

Bertarikh 12 Februari 2019

(MJKFNS. BIL.1/2019)

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

 

>> Muat Turun Fatwa