• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Menetapkan Tempoh Bayaran Dan Kaedah Bayaran Bagi Pelaksanaan Jual Beli Harta Wakaf (Istibdal)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2018 yang bersidang pada 9 Oktober 2018 bersamaan 29 Muharram 1440H memutuskan:

 

(1)  Tanah wakaf am yang sukar untuk dibangunkan atau dimanfaatkan adalah harus dijual tanpa istibdal tetapi hasilnya hendaklah digunakan semula untuk wakaf am atau khas yang lain.

 

(2)  Oleh itu, pembayaran bagi pembelian tanah wakaf tersebut tidak terikat dengan tempoh masa tertentu dan pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) boleh menetapkan kaedah pembayaran tersebut bagi memastikan pembayaran penuh dibuat secepat mungkin.

                        

Bertarikh 9 Oktober 2018

(MJKFNS. BIL.5/2018) 

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

>> Muat Turun Fatwa