A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak; Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah Dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 9 Mac 2021  memutuskan bahawa;

 

a) Kadar dua (2) marhalah adalah tidak kurang daripada 81 km.

 

b) Persempadanan dan penentuan qaryah dan balad adalah mengikut pilihan seperti berikut:

 

    i.  Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta/ Enakmen Negeri; atau

   ii.  Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau

  iii.  Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau

  iv.  Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium/ rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

 

c) Satu kajian lanjut akan dilaksanakan oleh pihak Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memperincikan penetapan 11 km (termasuk 81 km) yang dikira sebagai titik mula musafir bagi persempadanan qaryah dan balad.

 

Bertarikh 9 Mac 2021

(MJKFNS. BIL.2/2021)

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

 

>> Muat Turun Fatwa