A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Berkaitan Fidyah Dan Kaffarah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi'ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju memutuskan:

 

a) Fidyah dan kaffarah harus dibayar kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS);

b) Fidyah dan kaffarah hendaklah diagihkan kepada fakir dan miskin sama ada dalam bentuk beras, makanan atau wang;

c) Kadar fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah ¼ daripada zakat fitrah yang dibayar.

d) Agihan fidyah dan kaffarah hendaklah terhad kepada umat Islam dalam negeri Selangor sahaja;

e) Baitulmal, MAIS diharuskan mengambil upah daripada pembayar fidyah dan kaffarah sebanyak lima belas peratus (15%) tidak termasuk kadar sebenar bayaran fidyah dan kaffarah bagi tujuan pengurusan.

 

Walaubagaimanapun, mesyuarat memutuskan agar  kajian lanjut dibuat oleh pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memperincikan perkara-pekara berikut:

 

a) Adakah kadar kaffarah adalah memberi makan makanan yang mengenyangkan sekurang-kurangnya RM10.00 seorang untuk sekali makan atau untuk sehari makan;

b) Kadar kaffarah memberi pakaian adalah RM60.00 seorang;

c) Kaffarah bagi persetubuhan ketika isteri dalam keadaan haid adalah sunat dan bayarannya adalah senilai satu Dinar atau ½ Dinar. Perincian kadar nisbah dinar ini perlu ditentukan dengan merujuk kepada ringgit Malaysia atau negara tertentu.

 

 

Bertarikh 3 November 2020

(MJKFNS. BIL.5/2020)

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

 

 

>> Muat Turun Fatwa