• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Berkenaan Penggunaan Duit Tabung Masjid/ Surau Bagi Kegunaan Ahli Jawatankuasa Masjid

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar 1442H bersamaan 28 September 2020  memutuskan bahawa:

 

Satu kertas kerja berkaitan Penggunaan Duit Tabung Masjid/ Surau perlu dibentangkan semula dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut;

 

a) Mewajibkan pihak Masjid/ Surau untuk merancang perbelanjaan dengan menyediakan belanjawan tahunan.

b) Menyediakan peratusan penggunaan bagi setiap perincian.

c) Menyenaraikan setiap aktiviti-aktiviti Masjid/ Surau mengikut perincincian.

d) Menekankan bahawa perkara yang tidak disebutkan di dalam perincian tersebut adalah dilarang kecuali dengan kebenaran MAIS.

 

** Rujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2020 yang bersidang pada 28 Zulhijjah 1441H bersamaan 18 Ogos 2020 (adalah berkaitan)**

 

Bertarikh 28 September 2020

(MJKFNS. BIL. 4/2020)

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

 

>> Muat Turun Fatwa