A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Hukum Pembangunan Semula Tapak Masjid Ubudiah Lama Kampung Sungai Raya, Batu 9, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa:

Adalah harus membangun semula tapak Masjid Ubudiah Lama, Kampung Sungai Raya, Batu 9, Mukim Cheras, untuk dibuat Balai Islam yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

a) Sekolah Rendah Agama.

b) Mengadakan program pendidikan kaum ibu seperti pengajian fardhu ain dan kifayyah, kelas marhaban, kelas bimbingan al-Quran dan rawi, IT, kelas masakan atau lain-lain kegiatan yang membawa manfaat.

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor turut menyarankan sekiranya terdapat Harta Wakaf di Bangunan Masjid Lama ini yang boleh dimanfaatkan, maka hendaklah dipindahkan manfaatnya kepada Balai Islam yang baru.

 >> Muat Turun Fatwa