A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pengharaman Kaset Santana Dalam Lagu “Put Your Light On”

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:

Mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang lalu bertarikh 19 Februari 2002 iaitu mengharamkan kaset SANTANA dalam lagu “Put On Your Light” kerana ;

i. Lirik lagunya mencampur adukkan Kalimah Syahadah dengan senikata yang tidak bersesuaian dengan kesucian kalimah tersebut;

ii. Menurunkan taraf kalimah syahadah setaraf dengan lagu-lagu;

iii. Senikata lagu ini mengelirukan dan mengandungi unsur-unsur Kristian;

iv. Irama lagunya tidak sesuai dengan irama keislaman.


*Nota; Keputusan ini berkaitan dengan keputusan CD KASET MENGHINA ISLAM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.1/2002 pada 19 Februari 2002.

 >> Muat Turun Fatwa