A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Hukum Perkhidmatan Bizz Channel

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 24 Jun 2002 telah memutuskan:

1) Haram bagi Pusat Zakat Selangor untuk menggunakan perkhidmatan Bizz Channel yang disediakan oleh Bumiputera Commerce (BCBB) yang menjalankan operasinya secara konvensional iaitu terlibat secara langsung dengan sistem riba’ yang diharamkan dalam Islam.

2) Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor juga berpandangan bahawa sebagai satu badan atau Institusi Islam, Pusat Zakat Selangor tidak boleh menjalankan sebarang bentuk perniagaan atau perkhidmatan yang bercanggah dengan syariat Islam.

3) Saranan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor agar dapat dipastikan dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sama ada telah memutuskan tentang perkara ini beserta alasan atau hujah.

3) Menurut Undang-Undang Buruh ada dinyatakan bahawa majikan tidak boleh menghalang pekerja untuk melaksanakan kewajipan agama yang mesti dilaksanakan.

 >> Muat Turun Fatwa