A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pengenalan

Apa itu Falak?

Secara umumnya Falak merupakan satu bidang kajian bagi mengetahui kedudukan, peredaran, pergerakan, perihal serta fenomena jasad-jasad samawi (langit) seperti bintang, matahari, bulan, planet dan lain-lain yang kelihatan oleh kita di alam semesta ini.

Idea bagi mewujudkan laman web ini telah didorong oleh rasa prihatin terhadap perlunya ilmu falak syarie disebar luas dan dimartabatkan kedudukannya dalam masyarakat Islam hari ini sebagaimana yang berlaku di zaman kegemilangan Islam. Selain itu, medan maklumat ini juga diwujudkan bertujuan untuk mengembangkan ilmu falak ini berpaksikan kepada al-Qur’an dan as-Sunnah ke arah mewujudkan hubungan antarabangsa dalam bidang ini menerusi ruang siber. 

Sasaran utama laman web ini dalam pengembangan ilmunya ialah pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung serta mereka yang berminat.