Oleh: Norameen bin Burhanuddin
Program kembara Falak pada bulan Ogos dan September telah dijalankan Masjid Al-Khiriah, parit 14 pada 8 Ogos 2014 bersamaan 12 Syawwal 1435H (Jumaat) dan di Masjid Baitul Rahman, Parit 11 Ban 2 Pasir Panjang pada 8 September 2014 / 13 Zulqa'dah 1435 jam 9.00 malam (Isnin).
Program ini dijalankan bagi memberi peluang pada masyarakat awam di sekitar daerah Sabak Bernam untuk menikmati keindahan cakerawala dengan menggunakan teleskop.
Program ini bermula selepas solat Fardhu Isyak dengan memasang 2 buah teleskop yang digunakan untuk melihat bulan. Teleskop yang digunakan adalah dari jenis Newtonian Dobsonian 6 inci dan Celestron Nexstar 4se 4 inci.
Semasa program bulan berada pada fasa penuh dan keadaan cuaca yang sangat baik membolehkan para jemaah masjid melihat keindahan bulan melalui teleskop. Program ini, InshaAllah akan diteruskan dan Balai Cerap Selangor menyasarkan untuk menjelajah ke seluruh masjid di daerah Sabak Bernam.
Sekiranya, berminat untuk mengadakan program kembara falak ini di tempat anda, bolehlah berhubung dengan kami di talian 03-32136220 / 03-32136043.
Balai Cerap Selangor telah menjalankan Cerapan Hilal Zulqa'dah 1435H pada 26 Ogos 2014 bersamaan dengan 30 Syawwal 1435H (Hari Selasa). Cerapan ini disertai oleh Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak, Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali dan juga kakitangan di Balai Cerap Selangor.
Berikut adalah data hilal Zulqa'dah ketika matahari terbenam :
Tarikh : 26 Ogos 2014 (Selasa) / 30 Syawwal 1435H
Lokasi : Balai Cerap Selangor (3° 49' 09" N 100° 48' 57")
Matahari Terbenam : 7.25 malam
Azimut matahari ketika terbenam : 280° 25' 53''
Azimut hilal ketika matahari terbenam : 273° 28' 30''
Altitud hilal ketika matahari terbenam : 05° 44' 24"
Umur hilal ketika matahari terbenam : 21 jam 39 minit
Hilal terbenam : 7.51 malam
Tarikh & Waktu Ijtimak : 25 Ogos 2014 & 10.13 malam
Namun, pihak Balai Cerap Selangor dan bahagian falak turut menjalankan cerapan pada 27 Ogos 2014 bersamaan dengan 1 Zulqa'dah 1435H untuk melihat bulan muda pada tanggal 1 Zulqa'dah 1435H. Bulan muda berjaya dilihat melalui teleskop pada pukul 7.14 malam.
Berikut adalah data bulan muda ketika kelihatan di Balai Cerap Selangor.
Tarikh : 27 Ogos 2014 (Rabu) / 1 Zulqa'dah 1435H
Lokasi : Balai Cerap Selangor (3° 49' 09" N 100° 48' 57")
Matahari Terbenam : 7.24 malam
Azimut matahari ketika bulan kelihatan : 279° 54' 37''
Altitud matahari ketika bulan kelihatan : 02° 01' 02"
Azimut bulan ketika kelihatan : 268° 46' 06''
Altitud bulan ketika kelihatan : 18° 26' 53"
Umur hilal ketika kelihatan : 46 jam 10 minit
Bulan terbenam : 8.33 malam
Tarikh & Waktu Ijtimak : 25 Ogos 2014 & 10.13 malam
Berikut adalah gambar ketika cerapan hilal Zulqa'dah 1435H dan gambar bulan muda yang di rakam di Balai Cerap Selangor
Cerapan hilal yang seterusnya adalah cerapan rasmi hilal Zulhijjah 1435H yang akan diadakan pada 24 September 2014 / 29 Zulqa'dah 1435H bermula jam 6.30 petang di semua tempat cerapan di Negeri Selangor iaitu Baitulhilal Bukit Melawati di Kuala Selangor, Baitulhilal Bukit Jugra dan juga Balai Cerap Selangor. Orang ramai dijemput untuk hadir sama-sama bagi mencerap hilal Zulhijjah 1435H di ketiga-tiga lokasi.
Pada 4 September 2014 (Khamis) Bahagian Falak telah menerima lawatan pemeriksaan projek Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor. Kumpulan ini yang diberi nama ‘Skuad 292’ akan mewakili Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang akan diadakan pada akhir bulan September 2014.
Oleh: Norameen bin Burhanuddin
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor pada 6 - 7 September 2014 (Sabtu dan Ahad). Penceramah bagi program kali ini adalah Ustaz Abdul Latif bin Ibrahim dan Ustaz Sukiman.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan disertai oleh 31 orang peserta.
Program kembara Falak ini lebih menjurus kepada pembelajaran ilmu Falak seperti penentuan arah kiblat menggunakan kaedah tradisional dan juga penentuan waktu solat.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1) Kaedah penentuan arah kiblat
2) Praktikal penentuan arah kiblat menggunakan kaedah kompas matahari
3) Menyaksikan syafaq ahmar bagi penentuan solat Maghrib
4) Mengenal bintang untuk menentukan arah kiblat.
5) Cerapan langit malam (bulan, bintang dan planet)
6) Menjejak waktu syuruk dan menghitung waktu dhuha.
Program ini, Insha Allah akan diadakan lagi pada 11-12 Oktober 2014 dan 8-9 November 2014. Sekiranya berminat untuk turut serta, bolehlah berhubung dengan Ustaz Abdul Latif di talian 016-606 1653 atau emelkan keThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Pada 6 September 2014 (Sabtu) Bahagian Falak Jabatan Mufti Selangor telah mengadakan program Jom Teropong Angkasa menerusi Unit Penyelidikan dan Pendidikan (UPP) – (Us. Jaslan & Us. Ibrahim) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program ini diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga berakhir 12.00 malam bersempena ‘International Observe The Moon Night’. Pada malam tersebut objek yang boleh kelihatan menggunakan peralatan teleskop ialah bulan sahaja. Manakala planet Saturn dan planet Marikh tidak kelihatan kerana cuaca mendung. Penceramah jemputan disampaikan oleh En. Shahrin Ahmad daripada Falak Online. Agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Mufti Negeri Sembilan.