A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak; Menghantar Jenazah Ke Kampung Untuk Urusan Pengebumian

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadal Akhirah 1441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:

 

Adalah lebih afdhal jenazah dikuburkan di tempat dia meninggal dunia dan pengebumian tersebut hendaklah disegerakan. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi ahli waris yang berhasrat untuk membawa jenazah balik ke kampung untuk urusan pengebumian selagi mana jenazah belum dikebumikan dan perbuatan tersebut diyakini tidak mencemarkan kehormatan jenazah serta tidak membawa kepada kemudharatan.

 

Bertarikh 18 Februari 2020

(MJKFNS. BIL.1/2020)

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

>> Muat Turun Fatwa