A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadal Akhirah 1441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:

 

(a) Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah S.W.T. dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah S.W.T. kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah S.W.T. sahaja.

(b) Sehubungan itu, orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.

 

Bertarikh 18 Februari 2020

(MJKFNS. BIL.1/2020)

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

 

 

>> Muat Turun Fatwa