A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Isu-Isu Etika Dan Hukum Berkaitan Akhir Hayat (End Of Life Care)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi’ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:

 

a) Harus bagi pengamal perubatan yang berkelayakan membuat diagnosis ‘Medical Futility’ yang menjurus kepada penamatan rawatan utama atau kuratif dalam keadaan-keadaan berikut:

 

  i. Rawatan utama yang diberikan tidak lagi berkesan dan tidak menjurus kepada penyembuhan; dan

 

  ii. Rawatan utama atau kecemasan dianggap sia-sia (would be futile) dan tidak lagi memberi kesan.

 

b) Pelaksanaan diagnosis ‘Medical Futility’ hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

 

   i.  Dilaksanakan secara profesional oleh satu pasukan pakar perubatan dengan mengambil kira diagnosis, prognosis (termasuk jangka hayat) dan kualiti hidup pesakit;

 

  ii.  Mengambil kira semua pandangan kepakaran yang terlibat (multi-b. diccipline); dan

 

 iii.  Perbincangan bersama waris terdekat (family conference).

 

c)  Hukum Pelaksanaan Arahan Awal Perubatan (AMD) adalah harus. Sekiranya berlaku percanggahan dalam pelaksanaan AMD di antara pihak pesakit dengan pakar perubatan, maka pandangan pakar perubatan adalah lebih diutamakan.

  

Bertarikh 3 Disember 2019

(MJKFNS. BIL.6/2019)

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

>> Muat Turun Fatwa