A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Pembayaran Zakat Melalui Perkhidmatan E-Wallet Dan Kod Quick Response (QR)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2019 yang bersidang pada 2 Rabi'ul Awwal 1441H / 30 Oktober 2019 memutuskan:

 

Pembayaran zakat melalui ejen saluran pembayaran iaitu Touch ‘n’ Go dan Boost yang menyediakan perkhidmatan E-Wallet dan Kod Quick Response (QR) adalah harus menurut Hukum Syarak.

 

Bertarikh 30 Oktober 2019

(MJKFNS. BIL.5/2019)

  

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

>> Muat Turun Fatwa