Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2018 yang bersidang pada 4 Disember 2018 bersamaan 26 Rabi’ul Awwal 1440H memutuskan:
Garis panduan ini diterima dan disahkan dengan pindaan seperti berikut:
(1) Perkataan ‘Pastikan Bersih’ ditukar kepada ‘Pastikan Suci’.
(2) Ruangan rujukan: Said Ramadan al-Buti, Kitab Ma’al al-Nas, Juz. 2. (Damsyik, Syria: Dar al-Fikr al-Mu’asir, 2010).
(3) Menggugurkan perkataan: (الخامسة) dan (Isu yang kelima).
Bertarikh 4 Disember 2018
(MJKFNS. BIL.6/2018)
DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor