A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Laporan Kenampakkan Hilal Rajab 1441H Di Balai Cerap Selangor

LAPORAN KENAMPAKKAN HILAL RAJAB 1441H DI BALAI CERAP SELANGOR

Cerapan hilal Rajab 1441H telah diadakan di Balai Cerap Selangor pada 29 Jumadal Akhirah 1441H dan 30 Jumadal Akhirah 1441H. Laporan kenampakkan serta data hilal adalah seperti berikut:

Waktu Ijtimak : 23:32 (23 Februari 2020)

  • 23 Februari 2020 (29 Jumadal Akhirah 1441H)

Data Hilal

  1. Umur Hilal ketika Matahari Terbenam : - 04 jam 01 minit
  2. Altitud Hilal ketika Matahari Terbenam : - 01° 32’ 05”
  3. Jarak Lengkung Hilal ketika Matahari Terbenam : 04° 36’ 13”
  4. Waktu Matahari Terbenam : 19:31
  5. Waktu Hilal Terbenam : 19:25

 

  • Hilal tidak kelihatan ketika matahari terbenam
  • Keadaan cuaca cerah dan matahari terbenam kelihatan

 

24 Februari 2020 (30 Jumadal Akhirah 1441H)

     Data Hilal

  1. Umur Hilal ketika Matahari Terbenam : 19 jam 59 minit
  2. Altitud Hilal ketika Matahari Terbenam : 08° 28’ 26”
  3. Jarak Lengkung Hilal ketika Matahari Terbenam : 09° 09’ 55”
  4. Waktu Matahari Terbenam : 19:31
  5. Waktu Hilal Terbenam : 20:10

 

  • Hilal kelihatan melalui Teleskop Takahashi TOA 150 yang disambungkan dengan kamera Sony model A7Sii pada pukul 19:47 (Altitud Hilal : 04° 44’ 01” Jarak Lengkung Hilal : 09° 15’ 55” & Umur Hilal 20 jam 16 minit)
  • Hilal kelihatan melalui “total station” Balai Cerap Selangor dan “teodolit” pada 19:58 . (Altitud Hilal : 02° 13’ 42” Jarak Lengkung Hilal : 09° 20’ 12” & Umur Hilal 20 jam 27 minit) Disaksikan oleh 2 orang kakitangan Balai Cerap Selangor dan 4 orang kakitangan Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta beberapa orang pelajar yang turut serta dalam sesi cerapan.
  • Waktu terakhir hilal dapat dirakam adalah pada pukul 20:04 (Altitud Hilal : 00° 55’ 45” Jarak Lengkung Hilal : 09° 22’ 36” & Umur Hilal 20 jam 32 minit)
  • Hilal tidak kelihatan menggunakan mata kasar
  • Keadaan cuaca cerah dan matahari terbenam kelihatan

 

  • Maklumat instrumen
  1. Teleskop Takahashi TOA 150 dengan 645-RD F/5.6 Reducer yang disambungkan ke Kamera SONY model A7Sii

Aperture   150mm

Focal length        840mm

Focal ratio           F/5.6

 

Lampiran Gambar Hilal