A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Masjid Jamek Kampung Sungai Serai, Kuang

Gombak, 3 Sya'ban 1444H/ 24 Februari 2023 - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti di Masjid Jamek Kg. Sg. Serai, Kuang dengan kerjasama pihak masjid. Program ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan pengurusan kefatwaan negeri Selangor, menjawab isu-isu semasa hukum syarak dan perkongsian ilmu Falak kepada masyarakat setempat.

   

Antara tetamu yang turut hadir ialah Y.A.D. Tan Sri Dato’ Paduka Diraja Dato’ Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak, Encik Samsuddin bin Sulaiman, Pegawai Kementerian Dalam Negeri (cawangan Selangor) dan Encik Azmuddin bin Lakimin, Penghulu Mukim Kuang.

   

Program dimulakan dengan semakan arah kiblat di musolla Pangsapuri Danau Ria, Persiaran Gamuda Garden oleh Bahagian Falak, tazkirah Jumaat oleh Y.Bhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin (Penolong Mufti), diikuti bacaan khutbah oleh Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor) dengan tajuk “Agama Islam Agama Perpaduan” dan Dialog 30 minit selepas solat Jumaat. Selain itu, meja pameran juga turut dibuka dengan edaran percuma bahan terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan mushaf al-Quran daripada Kementerian Dalam Negeri kepada para Jemaah yang hadir.

   

Bagi sesi Dialog 30 Minit kali ini, barisan ahli panel terdiri daripada Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor), Y.Bhg. Ustaz Mohamad Shukry bin Sulaiman (Ketua Penolong Mufti), Y.Bhg. Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali (Penolong Mufti Kanan), Y.Bhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin (Penolong Mufti) dan Y.Bhg. Ustaz Abdul Wahid bin Ishak sebagai moderator. Program tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Y.Bhg. Tuan Haji Japeri bin Haji Ahmad (Masjid Jamek Kg. Sg. Serai) serta sesi bergambar bersama tetamu dan ahli kariah yang hadir.

Adalah diharapkan, semoga dengan penganjuran program ini masyarakat memperoleh manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang telah direncanakan.