A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat S.S. Dato' Mufti Negeri Terengganu dan Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Mufti Negeri Terengganu ke Jabatan Mufti Negeri Selangor

Shah Alam, 26 September - Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada S.S. Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron, S.S. Dato' Mufti Negeri Terengganu dengan diiringi S.S. Tuan Haji Ahadi Bin Othman, Timbalan Mufti Negeri Terengganu, ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Terengganu. Turut sama hadir pada perjumpaan ini adalah S.S. Timbalan Mufti Selangor, ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.

   

Menerusi perjumpaan ini, pelbagai isu tadbir urus dibincangkan bersama dan saling bertukar pendapat serta pengalaman dalam menguruskan isu kefatwaan dan hukum syarak di Jabatan. Diantara intipati perbincangan adalah seperti isu ajaran sesat, akidah, persoalan hukum, penerbitan dan pentadbiran. Semoga dengan kunjungan ini akan mengukuhkan lagi jalinan ukhwah antara kedua-dua belah pihak.