A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Mesra Ummah Bersama Jabatan di Mufti Masjid Taman Sutera Kajang, Hulu Langat

Kajang, 5 Ogos - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti bertempat di Masjid Taman Sutera, Kajang, Hulu Langat. Program ini dengan moto “Merakyatkan Fatwa” adalah bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan fatwa kepada masyarakat setempat dalam masa yang sama memberikan penerangan dan penjelasan berkaitan hukum syarak.

  

Program dimulakan dengan sesi tazkirah, diikuti bacaan khutbah serta dialog 30 minit selepas solat Jumaat. Barisan ahli panel sesi dialog 30 minit diketuai oleh YBhg. S.S. Prof. Madya Dr. Haji Miszairi bin Sitiris (Timbalan Mufti Selangor), YBhg. Ustaz Mohamad Nazri bin Sobirin (Pegawai Hal Ehwal Islam, PAID Hulu Langat) dan YBhg. Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali (Penolong Mufti Kanan) manakala YBhg. Ustaz Khairiamri bin Ahmad (Penolong Mufti Kanan) bertindak sebagai moderator majlis. Kemuncak acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Encik Wan Mohd Nazri bin Wan Mohd Nasir, Nazir Masjid Taman Sutera Kajang.  

   

Semoga dengan penganjuran program ini ia memberi peluang kepada pihak Jabatan dalam memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan dalam masa yang sama golongan sasaran memperoleh manfaat daripada program yang telah direncanakan.