A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Jabatan Mufti Negeri Selangor terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021

Putrajaya, 9 Jun - Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah mengukir kecemerlangan apabila menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 bagi kategori Jabatan di Bawah Kerajaan Negeri yang telah berlangsung di Dewan Damar Sari, Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya semalam. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dalam satu majlis yang diadakan sempena Konvokesyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

S.S. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah hadir bagi menerima anugerah tersebut yang mencatatkan penarafan lima (5) bintang (Cemerlang) dengan markah sebanyak 95%.

Pengiktirafan ini bertujuan memberi penarafan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi atas pelaksanaan tadbir urus yang terbaik dalam memperkasakan kapasiti dan keupayaan agensi-agensi kerajaan dalam menyediakan persekitaran ruang kerja yang selamat, boleh dipercayai dan diyakini.

Tahniah diucapkan kepada semua warga JMNS di atas penganugerahan ini. Ianya usaha padu secara bersama oleh semua warga JMNS dalam melengkapkan dan menyempurnakan semua aspek keselamatan Jabatan khususnya. Semoga ianya menjadi pemangkin ke arah lebih cemerlang selaras dengan misi JMNS memacu kecemerlangan pengurusan institusi Mufti.