A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Cerapan Hilal Zulqa'dah 1443H

31 Mei 2022 - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat cerapan hilal Zulqa'dah di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam dan Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat. Turut hadir rakan-rakan pencerap daripada JUPEM Selangor, ILIM dan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. Hisab falak menunjukkan ijtimak bulan berlaku pada 30 Mei 2022 jam 19:30.

Hilal Zulqa'dah 1443H berjaya dicerap di Baitulhilal Bukit Jugra pada jam 19:39 ketika berumur 24 jam 09 minit, manakala di Balai Cerap Selangor hilal kelihatan pada jma 19:25 ketika berumur 23 jam 55 minit.