A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Lawatan Institut Perakaunan Negara ke Balai Cerap Selangor

Sungai Lang, 10 Februari - Balai Cerap Selangor telah menerima lawatan daripada kakitangan Institut Perakaunan Negara (IPN) yang diketuai oleh Pengarah IPN, Puan Hawariah Binti Idris bersama 8 orang kakitangan IPN bermula jam 10:00 pagi.

Pada sesi lawatan tersebut, sesi taklimat mengenai fungsi Balai Cerap dan taklimat mengenai asas waktu solat, penentuan awal bulan Islam dan penentuan arah kiblat telah disampaikan oleh pegawai di Balai Cerap Selangor.

              

 

Pada sesi lawatan ini juga, pengarah dan kakitangan IPN berpeluang untuk melihat sistem teleskop robotik dan sistem kubah cerapan di Balai Cerap Selangor.

 

    

 

Antara objektif lain lawatan ini adalah bagi membincangkan program kerjasama yang boleh dilaksanakan terutamanya dalam aspek penyampaian ilmu serta maklumat yang tepat dalam bidang Falak.

InsyaAllah, Balai Cerap Selangor akan bekerjasama dengan IPN untuk memberikan maklumat dan menyampaikan pendidikan ilmu Falak kepada masyarakat awam, khususnya rakyat negeri Selangor.