A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Jom Teropong Angkasa

Kuala Selangor, 17 Januari 2022 - Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan program Jom Teropong Angkasa bertempat di Pantai Remis, Kuala Selangor pada 13 Jumadal Akhirah 1443H yang lalu bermula pada jam 6:30 petang.

 

           

 

Program bermula dengan cerapan matahari terbenam dan diikuti dengan cerapan awal hari-hari putih fasa bulan dan cerapan planet Musytari. Pengunjung juga diberi taklimat berkaitan penentuan arah kiblat dengan kaedah matahari mati. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir bersama-sama kami.