A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pandangan Hukum Syarak Pelaksanaan Kadar Had Al-Kifayah Baharu Negeri Selangor Tahun 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2018 yang bersidang pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jumada al-Akhirah 1439H memutuskan bahawa:

 

Kadar baharu had al-kifayah Negeri Selangor tahun 2018 bagi isi rumah berjumlah 6 orang ialah RM2,475.00 sebulan untuk rumah berbayar dan RM2,145.00 sebulan untuk rumah tidak berbayar sebagai asas dalam menilai dan menentukan asnaf fakir miskin;

 

Manakala, kadar baharu penolakan keperluan asas bagi pengeluar zakat pendapatan di Negeri Selangor untuk isi rumah berjumlah seramai 6 orang adalah RM30,100.00.

 

Lembaga Zakat Selangor hendaklah melaksanakan kajian semula had al-kifayah yang baharu untuk dilaksanakan bagi tahun 2019 dan seterusnya.

 

 

Bertarikh 13 Mac 2018

(MJKFNS. BIL.1/2018)

 

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

>> Muat Turun Fatwa