PEMANTAUAN PENGURUSAN JENAZAH MANGSA KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI ELMINA

Shah Alam, 20 Ogos, Jabatan Mufti Negeri Selangor diberi penghormatan untuk terlibat sama dalam proses pengurusan jenazah mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Elmina. S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir sendiri telah mengetuai barisan kumpulan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor yang terlibat bagi memastikan segala proses pengurusan jenazah berjalan mengikut panduan yang telah ditetapkan dalam hukum syarak. Jabatan Mufti Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa serta mendoakan semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas semua mangsa yang terlibat.
Jabatan Mufti Negeri Selangor turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dengan pengurusan jenazah-jenazah ini terutama Jabatan Agama Islam Selangor dengan koordinasi petugas yang profesional dan terlatih, juga penghargaan kepada kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor yang terlibat dari awal menguruskan 9 orang jenazah pada hari ini iaitu Ustaz Mohamad Shukry Bin Sulaiman, Ustaz Abdul Wahid Bin Ishak dan juga Ustaz Sufiyan Hadi Bin Sayuti. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan atas khidmat yang telah diberikan.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com