KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

 

Dimaklumkan bahawa jabatan ini ingin mempelawa syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset alih satu (1) buah kenderaan terpakai. Bersama-sama ini dilampirkan notis tawaran sebut harga (KEW.PA-27) untuk makluman dan tindakan hebahan YB Dato’/Tuan/Puan kepada yang berminat.

 

Sehubungan itu, kenderaan ini boleh dilawati mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 2 Januari 2024 hingga 8 Januari 2024 di Tempat Letak Kenderaan, Bangunan Sultan Idris Shah. Tawaran sebut harga pelupusan kenderaan akan ditutup pada 09 Januari 2024, jam 12.00 tengah hari dan borang sebut harga pelupusan aset alih (KEW.PA- 28) boleh dikemukakan ke alamat jabatan ini.  

 

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tingkat 8, Menara Utara,

Bangunan Sultan Idris Shah,

40000 Shah Alam, Selangor

 

Tawaran sebut harga pelupusan aset alih (KEW.PA-27) dan cetakan borang sebut harga (KEW.PA-28) boleh dicapai melalui pautan portal https://www.muftiselangor.gov.my/tender/ bagi kemudahan kepada syarikat dan orang perseorangan yang berminat. Unuk keterangan lanjut pihak YB Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin di talian 013-2653743 atau 03-55143733.

 

 

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com