A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Falak Syarie

Sejarah Penubuhan

Pada awal penubuhan Unit Falak Syarie, fungsinya dijalankan dibawah tanggungjawab Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Peranan utama yang dilaksanakan ialah mencerap anak bulan pada awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan. Disamping itu, bahagian ini menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti penentuan arah kiblat, penyediaan takwim hijrah dan penetapan waktu solat.

Walaubagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mesyuaratnya pada 20 September 1999 telah membuat keputusan bahawa, meletakkan Bahagian Falak Syarie dibawah tanggungjawab Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia termasuk Negeri Selangor untuk menyelaraskan pentadbirannya.

Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju mewujudkan Bahagian Falak Syarie di Jabatan Mufti Selangor mengambil alih tugas dan peranan "Unit Falak Syarie" daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara keseluruhannya.

Dengan wujudnya Bahagian Falak Syarie, inisiatif yang telah dijalankan ialah dengan melantik pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan bahagian tersebut.

Justeru itu, pada 1 Januari 2001, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik tiga (3) orang pegawai yang berkhidmat di Bahagian Falak Syarie iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S3), Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S5) dan Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S7).

Objektif

  • Kajian bidang Falak Syarie dapat dijalankan secara berterusan mengikut perkembangan semasa.
  • Masyarakat dapat memahami kepentingan Falak Syarie secara komprehensif.
  • Segala Aktiviti Falak Syarie dapat diselaraskan dengan sistematik.

Fungsi

  • Menentu dan mengesahkan arah kiblat bagi masjid atau surau di Negeri Selangor.    
  • Melaksanakan cerapan Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah) serta cerapan bulanan pada tanggal 29 haribulan.    
  • Membuat penyelarasan waktu solat bagi zon-zon di Negeri Selangor berpandukan formula yang ditetapkan oleh JAKIM.    
  • Menyusun dan menerbitkan Taqwim Hijri, Taqwim Waktu Solat, Jadual waktu berbuka puasa dan imsak.    
  • Mengendalikan kursus dan seminar Falak Syarie bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran serta menarik minat masyarakat dalam bidang Falak Syarie dan Astronomi.    
  • Menerbitkan bahan ilmiah berkaitan dengan Falak Syarie dan Astronomi.    
  • Menguruskan segala mesyuarat, persidangan, latihan dan pameran berkaitan Falak Syarie.