Webmail

Waktu solat
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:08
  • Asar 16:15
  • Maghrib 19:10
  • Isyak 20:19

carian1akses

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Jenayah

1. Hukum hudud dalam menghisap dadah dan meminum arak.

Soalan : Assalammualaikum.

Saya ingin meminta bantuan kepada sesiapa yang berkenaan. Jika tidak keberatan untuk menolong saya, saya ingin tahu hukum-hukum hudud dalam menghisap dadah dan meminum arak. Saya memerlukannya untuk membuat 'presentation' dikolej saya dan saya perlu bahan yang lebih untuk memantapkan isi saya. Saya harap permintaan saya ini dapat dipertimbangkan.

Jika tidak keberatan, saya boleh dihubungi dengan e-mail ini, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Saya harap permintaan saya dapat ditunaikan dalam masa terdekat ini.

Sekian, terima kasih.

Jawapan : Untuk makluman tuan, hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah :

  • Orang yang sudah mukallaf;
  • Dengan kemahuan sendiri;
  • Mengetahui haram hukum meminumnya;
  • Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.

Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut.

Dadah adalah haram hukumnya dari segi syara'. Dalil pengharaman itu berdasarkan kepada keterangan nas kerana ia termasuk dalam pengertian umum "benda-benda yang memabukkan' atau dengan berqias kepada "arak" kerana kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama, iaitu "memabukkan' atau kerana terdapat dalam dadah keburukan-keburukan terhadap individu dan masyarakat. Dalam hal ini, ulama' berpendapat hukuman (had) bagi kesalahan menagih dadah juga turut diqiaskan kepada hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan meminum arak.

*Bibliografi

1. "Penentangan Islam terhadap Penyalahgunaan Dadah Ditinjau Dari Sudut Sejarah dan Fatwa Ulama' Islam". Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 1988. Kuala Lumpur

2. "Fiqh Syafii'. Pustaka Antara. 1999. Kuala Lumpur

2. Suami memfitnah isteri berzina.

Soalan : Assalamualaikum Ustaz, saya ade seorang kakak, sudah berkahwin selama 4 tahun. masalahnye, suami kakak saya ini telah menfitnah kakak saya, mengatakan kakak saya telah berzina dengan lelaki lain. Tanpa bukti, dan sememangnya saya mengenali kakak saya ni. Kakak saya tidak pernah melakukan pun. soalan saya, apakah hukumnye suami menfitnah isteri berzina dengan lelaki lain tanpa bukti dan si isteri tidak pernah langsung berniat @ melakukan perkara tersebut, minta ustaz huraikan.

Jawapan : Seorang suami yang membuat tuduhan isterinya berzina, dia perlu membawa 4 orang saksi bagi membuktikan tuduhannya. Jika tidak ia perlu bersumpah dengan nama Allah sebanyak 4 kali dan sumpah ke 5 bersedia menerima laknat dari Allah S.W.T. Jika tidak dapat membawa 4 orang saksi, ia dinamakan hukuman Qazaf 80 rotan. Rujuk ayat 6 & 7 Surah An Nur. Pelaksanaan perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak berwajib. Jika suaminya sanggup bersumpah seperti di atas, isteri boleh bersumpah sebanyak 4+1 seperti di atas untuk menafikannya. Jika ini berlaku, putuslah hubungan suami isteri dan tidak boleh berkahwin sampai bila-bila. Perlu diingat pihak yang membuat tuduhan palsu, ia boleh lepas daripada hukuman dunia, tetapi tidak daripada hukuman akhirat. Islam memelihara maruah seseorang daripada tuduhan yang sangat berat ini (zina).

3. Hukum hudud dalam menghisap dadah dan meminum arak.

Soalan : Assalamulaikum.

Seorang hamba Allah bertanyakan tentang kesilapannya yang lalu dimana dia telah mengambil makanan di kantin sekolah dan barang di  koperasi sekolah sewaktu zaman persekolahan dulu. Kini dia kembali teringat perbuatan jahat yang pernah  dilakukan dulu. Dia menyesal dan bagaimanakah cara dia boleh menebus kembali dosa-dosanya itu sedangkan dia tidak tahu tempat tinggal tuan kantin dan bagaimanakah pula memulangkan barang yang pernah diambil dari koperasi?

Jawapan : Doa dan taubat yang bersungguh-sungguh adalah jalan keluar kepada masalah yang kita hadapi atas kesalahan yang kita lakukan di masa lampau.

Seboleh-bolehnya tuan dapatkanlah nombor telefon tuan kantin dari pejabat sekolah atau mana-mana sumber supaya dapat dihubungi dan tebus barang yang dicuri mengikut nilai tempatan, atau minta halalkan sahaja dari tuan kantin dan mohon maaf. Sekiranya gagal juga, berdoalah dan bertaubat agar dosa-dosa kita diampuni Allah S.W.T. dengan penuh yakin dan ikhlas bahawa Allah maha mengampuni dosa hamba-hambanya.

Barang-barang yang diambil dari koperasi hendak dipulangkan dalam bentuk wang ringgit dan diserahkan pada mana-mana individu yang dipercayai dalam sekolah tersebut.

Wallahu’alam

4. Cara ibu bapa memohon kepada Allah agar mengampunkan dosa anaknya yang membunuh diri.

Soalan : Bagaimanakah cara pihak ibubapa yang masih hidup hendak menebus dosa atau meminta supaya Allah s.w.t mengampunkan dosa dan tidak diazabkan keatas anaknya yang mati akibat bunuh diri? 

Terima kasih.

Jawapan : Rasulullah SAW bersabda :

Yang bermaksud: dan daripada Abi Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda : Apabila mati anak Adam terputusnya segala amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak-anak soleh yang mendoakannya.

Secara ringkasnya hadis dan ayat al-Quran di atas ini jelas maksudnya, perkara di atas merupakan antara perkara penting untuk dijadikan bekalan bagi setiap Muslim, namun apa yang boleh diikhtiarkan untuk mereka yang membunuh diri ialah mendoakan si mati semoga mendapat keampunan dari Allah SWT serta bersedekah atas nama si mati semoga dengan amalan ini Allah AWT akan mengampunkannya.

Ini kerana dosa tidak boleh ditebus oleh orang lain melainkan pelakunya dengan memohon keampunan daripada Allah SWT serta memohon kemaafan sekiranya dosa tersebut melibatkan hak orang lain.

Wallahu Ta’ala A’lam

end faq