A- A A+
Arial | PT Sans | Century
  • English (UK)

|Bahasa lain

Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa gerhana bulan separa dijangka akan berlaku dan dapat dilihat di Malaysia pada 17 Julai 2019 bermula jam 04:01 pagi sehingga jam 06:59 pagi. Gerhana bulan separa berlaku apabila bulan memasuki bayang-bayang umbra bumi. Bulan yang hal keadaannya purnama akan hilang sedikit demi sedikit cahayanya. Maklumat lanjut berhubung fasa-fasa gerhana adalah seperti berikut: 

gerhana 

Tarikh : 17 Julai 2019

Fasa awal penumbra                      :           02:43

Fasa awal umbra                             :           04:01

Kemuncak gerhana                       :           05:30

Fasa akhir umbra                             :           06:59

Fasa akhir penumbra                      :           07:17

 

 

Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam adalah digalakkan untuk menyaksikan fenomena gerhana tersebut dan melaksanakan solat sunat gerhana bulan serta mendengar khutbah gerhana di masjid dan surau yang berhampiran.

Sekian dimaklumkan, wassalam.

Disediakan oleh:

Bahagian Falak,
Jabatan Mufti Negeri Selangor

 >> Muat turun Teks Khutbah Gerhana

info gerhana bulan separa (1).jpg

Jumlah Pengunjung: 1045913

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 03 Disember 2019.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016