Nota Makluman : Fenomena Matahari Istiwa’ Di Atas Kaabah (Istiwa’ A’dzham)

NOTA MAKLUMAN

FENOMENA MATAHARI ISTIWA’ DI ATAS KAABAH (ISTIWA’ A’DZHAM)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa matahari akan istiwa’ atau berada tepat di atas Kaabah pada 16 Julai 2018 jam 05:28 petang waktu Malaysia. Sehubungan itu, masyarakat Islam di Malaysia berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan. Berikut adalah tatacara semakan kiblat pada tarikh tersebut:

  1. Pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat mengikut waktu SIRIM. Sila hubungi 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.
  1. Perhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari.
  1. Perhatikan bayang objek tegak yang terhasil pada jam 05:28 petang.
  1. Buat unjuran garisan bayang objek tegak tersebut menghala ke arah matahari.
  1. Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

istiwa

Sekian dimaklumkan, wassalam.

Disediakan oleh:
Bahagian Falak,
Jabatan Mufti Negeri Selangor

arrow << Muat Turun Nota Makluman >>

 

Jumlah Pengunjung: 736116

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 12 November 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016