Webmail

Waktu solat
  • Imsak 05:43
  • Subuh 05:53
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:19
  • Asar 16:33
  • Maghrib 19:25
  • Isyak 20:35

carian1akses

A- A A+
Arial | PT Sans | Century
  • English (UK)

|Bahasa lain

Fenomena Gerhana Bulan Separa

Orang ramai di sekitar Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam dijemput untuk hadir ke Balai Cerap Selangor pada 8 Ogos 2017 bermula jam 01.00 pagi untuk sama-sama melihat fenomena ini menggunakan teleskop dan binokular di Balai Cerap Selangor.

Fenomena Gerhana Bulan Separa

Gerhana merupakan satu fenomena astronomi yang melambangkan bukti kekuasaan Allah. Kita pernah melihat gerhana bulan separa berlaku di Malaysia pada 9 Mac tahun 2016 .

Pada tahun ini, fenomena ini akan berlaku pada tengah malam 7 Ogos 2017 (Isnin) bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada 11.50 malam dan berakhir sepenuhnya pada 8 Ogos 2017(Selasa) 4.51pagi. Secara amnya, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan.

Maklumat  Gerhana Bulan Separa kali ini.

 1) Bulan akan berada pada fasa purnama dan di atas ufuk dan seluruh malaysia akan dapat melihatnya. 

2) Jadual di bawah adalah berdasarkan  maklumat dari timeanddate.com.

7 Ogos 2017, 11:50 PM

Gerhana Bulan Penumbra Bermula  (Permulaan masuk bayang-bayang penumbra)

8 Ogos 2017, 01:22 AM

Gerhana Bulan Separa Bermula  (Permulaan masuk bayang-bayang umbra)

8 Ogos 2017, 02:20 AM

Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa  (Gerhana Maksima)

8 Ogos 2017, 03:18 AM

Gerhana Bulan Separa Tamat  (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)

8 Ogos 2017, 04:51 AM

Tamat Gerhana Bulan Penumbra  (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)

3) Fasa Gerhana Bulan Separa (Bulan berada di dalam bayang-bayang umbra) ialah selama 1 jam 55 minit.

4) Bulan akan berada tegak dan sedikit ke arah barat, ketika bermulanya fasa gerhana separa.

5) Sunat melakukan solat sunat gerhana bermula 01.22 pagi – 03.18 pagi (8 Ogos 2017) iaitu waktu ketika bulan memasuki bayang-bayang umbra.

Semua orang berpeluang ini melihat fenomena ini dengan menggunakan mata kasar dan melihat pada bulan. Namun untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, bantuan teleskop dan binokular diperlukan.

Selepas daripada fenomena Gerhana bulan separa ini, Malaysia akan berpeluang melihat fenomena astronomi yang menarik pada tahun hadapan iaitu gerhana bulan penuh pada:

a) 31 Januari 2018

b) 28 Julai 2018

* Rujukan : laman web FalakOnline.net