• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Ceramah Bulanan Jabatan Mufti Negeri Selangor

Shah Alam, 20 Disember - Satu sesi ceramah ilmiah bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor telah diadakan baru-baru ini dengan menjemput YBhg. Ustazah Asma' Binti Harun (pendakwah bebas) dengan kupasan topik menarik berkaitan "Mencari Redha Allah Untuk Bahagia".

 

              

 

Ceramah anjuran Bahagian Fatwa ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zuhdi, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kehadiran peserta seramai kira-kira 45 orang terdiri daripada para pegawai, kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. Turut diadakan rakaman FB Live ceramah melalui halaman facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor dan boleh diikuti di pautan www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor