A- A A+
Arial | PT Sans | Century
  • English (UK)

|Bahasa lain

Kursus Falak (Takwim dan Cerapan)

Sungai Lang, 26 September :  Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan kursus Falak Takwim dan Cerapan bertempat di Institut Latihan & Dakwah Selangor selama tiga (3) hari bermula pada 24 September yang lalu. Kursus ini telah menarik minat seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan pelajar. 

    

Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan berkenaan ilmu asas berkaitan takwim dan cerapan. Peserta juga membuat latih amal cerapan di Balai Cerap Selangor bagi memberikan pengalaman yang lebih praktikal kepada para peserta. Di antara modul yang disampaikan melalui kursus ini adalah Asas Teori Teknik Pengimejan Hilal, Kaedah Penentuan Awal Bulan Islam di Negara-negara Islam, Kaedah dan Prosedur Cerapan Penentuan Awal Bulan Islam di Malaysia dan pengenalan takwim. Majlis penyampaian sijil dihadiri dan disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Haji Hardi bin Mohamad Sadali (Penolong Mufti Kanan – Bahagian Falak) bersama dengan En. Norameen bin Burhanuddin (Pegawai Sains – Balai Cerap Selangor).

 

Jumlah Pengunjung: 1016808

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 13 November 2019.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016