A- A A+
Arial | PT Sans | Century
  • English (UK)

|Bahasa lain

Lawatan ke Balai Cerap Selangor

Sungai Lang, 11 September :  Menerokai alam astronomi semestinya sesuatu ilmu dan pengalaman yang amat istimewa untuk digarap terutamanya oleh para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Balai Cerap Selangor telah menjadi destinasi ilmu yang menarik untuk dilawati dimana pada hari ini kami telah menerima kunjungan daripada para pelajar dan guru pengiring  Sekolah Menengah Agama Al-Ulum, Bagan Datoh, Perak.

     

Seramai kira-kira 28 orang peserta telah mengikuti lawatan ini dan pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan bersama para pelajar di antaranya taklimat pengenalan Balai Cerap Selangor, taklimat arah kiblat dan cerapan matahari. Lawatan ini telah dipimpin oleh Ustaz Ismail bin Ibrahim, Encik Khairul Nizaam bin Wahab dan Puan Haizatulakmar binti Harun daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semoga dengan pengalaman ini para pelajar memperolehi ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

 

     

Jumlah Pengunjung: 1016792

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 13 November 2019.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016