• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan ke Balai Cerap Selangor daripada SAMTAJ Sungai Besar

Sungai Lang, 24 Julai : Kecanggihan teknologi cerapan dan kemudahan yang tersedia di Balai Cerap Selangor sentiasa menggamit pelawat ke sini hampir setiap minggu. Tidak kurang juga lawatan daripada kira-kira 45 orang pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar, Selangor pada pagi ini turut sama ingin merasai pengalaman berada di balai cerap.

s1  s2

Para pelajar teruja mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan alam ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya dan mencerap matahari. Taklimat dan perjalanan lawatan ini telah dibimbing oleh Ustaz Ismail bin Ibrahim, Encik Khairul Nizaam bin Wahab dan Puan Haizatulakmar binti Harun.

s3  s4