A- A A+
Arial | PT Sans | Century
  • English (UK)

|Bahasa lain

Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Daerah Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 3 Mei : Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti diteruskan buat kali ke-4 untuk tahun 2019 di Masjid Al-Falah, Hulu Yam Bharu pada 3 Mei 2019. Rombongan Jabatan Mufti Negeri Selangor diketuai oleh YBhg. Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan dengan diiringi 9 orang urus setia program. Turut hadir bersama-sama memeriahkan lagi program ini, iaitu Ustaz Zamzuri Bin Ruslan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.
 
IMG 20190503 140942  IMG 20190503 130025
 
Program ini mendapat kerjasama daripada Nazir Masjid Tuan Habeeb Rahman Bin Md Ibramsa dan ahli jawatankuasa masjid yang mana objektifnya adalah memberikan pendidikan fatwa  kepada masyarakat selaras dengan temanya iaitu "Merakyatkan Fatwa". Selain itu, perlaksanaan program ini selaras dengan  Seksyen 47 dan 48, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang mana setiap  fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor hendaklah disampaikan kepada masyarakat supaya ia dapat difahami dan dipatuhi. 
 
IMG 20190503 150112  IMG 20190503 140942
 
Adalah diharapkan, semoga dengan penganjuran program ini ia dapat memberikan maklumat serta kefahaman yang tepat kepada masyarakat dalam memahami hukum syarak dan fatwa yang telah diputuskan dan dapat disebarkan kepada masyarakat awam yang lain. 

Jumlah Pengunjung: 938539

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 23 Ogos 2019.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016