Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Daerah Sabak Bernam

Sabak Bernam: Lembaran Program Fatwa 2019 dibuka dengan Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti di Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10 Barat, Sabak Bernam pada 25 Januari 2019. Program ini merupakan kerjasama di antara pihak Jabatan dan Masjid dalam menyediakan Program Pendidikan Fatwa  kepada masyarakat selaras dengan Seksyen 47 dan 48, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003  yang mana setiap  fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor perlu disampaikan kepada masyarakat untuk diketahui, difahami dan dipatuhi sebagai ajaran Agama Islam. 
 
IMG 20190125 132151     IMG 20190125 133905
 
Seramai 10 orang kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan diketuai oleh S.S Dato' Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir Timbalan Mufti Selangor tiba di perkarangan masjid pada jam 12.45 tengah hari dengan disambut oleh Nazir Masjid iaitu Ustaz Hj. Jamsari bin Hj. Marsom dan ahli jawantankuasa masjid, turut hadir Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam iaitu Ustaz Zanizan bin Ismail.
 
IMG 20190125 142213     IMG 20190125 142603
 
Program tersebut dimulakan dengan penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti berkaitan dengan Pengenalan Fatwa dan Fatwa Ajaran Sesat yang telah diputuskan menyeleweng daripada Ajaran Islam. Seterusnya bacaan khutbah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahid bin Ishak, Penolong Mufti (Istinbat) dengan khutbah yang bertajuk "Keharmonian Hidup Dalam Masyarakat Majmuk". Kemuncak program adalah sesi dialog 30 minit yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Ketua Penolong Mufti dengan barisan panel terdiri daripada Timbalan Mufti, Penolong Mufti Kanan (Falak) dan Penolong Mufti (Istinbat). Program berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada pihak masjid dan sesi bergambar bersama tetamu yang hadir. 
 
IMG 20190125 145930    IMG 20190125 141733
 
Adalah diharapkan, semoga dengan penganjuran program ini ia dapat memberikan maklumat serta kefahaman yang tepat kepada masyarakat dalam memahami hukum syarak dan fatwa yang telah diputuskan dan dapat disebarkan kepada yang lain.  

Jumlah Pengunjung: 801372

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 15 Februari 2019.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016