Lawatan Kerja daripada Jabatan Mufti Negeri Johor

SHAH ALAM, 9 Januari : Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Mufti Negeri Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Fahami bin Samad, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa). Sesi lawatan tersebut telah dipengerusikan oleh S.S. Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Timbalan Mufti Negeri Selangor) dan turut dihadiri oleh barisan pegawai dan kakitangan Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor. 

DSC 0032   DSC 0039

Sesi perbincangan bersama pegawai dan kakitangan Bahagian Fatwa

Melalui sesi lawatan ini, pelbagai maklumat yang telah dikongsikan antaranya berkenaan pelaksanaan penyelidikan dan pengurusan kajian-kajian fatwa di Jabatan Mufti Negeri Selangor dan pelaksanaan fatwa Hizbut Tahrir di Selangor. Semoga dengan sesi lawatan ini dapat memperkukuhkan ukhwah dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat umum khasnya.

DSC 0067     DSC 0012

Delegasi turut dibawa meninjau sekitar pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor

Jumlah Pengunjung: 801360

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 15 Februari 2019.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016