Seminar Fatwa Peringkat Negeri Selangor 2018

SHAH ALAM, 18 OKT : Kira-kira 350 orang peserta yang terdiri daripada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru-guru Takmir dan kakitangan agensi/jabatan Kerajaan Negeri telah menyertai Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Seminar ini merupakan anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyasarkan golongan pendidik dalam menyampaikan maklumat berkaitan fatwa-fatwa yang menjadi isu semasa. 

DSC 0102    DSC 0203

Slot pengisian pertama telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Mat Jais Bin Kamos, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor iaitu berkait dengan Fatwa Ajaran Sesat dan Menyeleweng. Sesi seterusnya pula menyentuh berkaitan Fatwa Pengurusan Harta Pusaka yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Arieff Salleh Bin Rosman, Felo Penyelidik JAKIM.

DSC 0190    DSC 0226

Program diteruskan dengan acara perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Paimuzi Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 

DSC 0260    DSC 0309

Jumlah Pengunjung: 752753

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 12 Disember 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016