Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor

GOMBAK - 7 September 2018 : Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak. Program tersebut telah bermula sekitar jam 12.30 tengah hari yang dimulai dengan sesi tazkirah bersama S.S. Dato' Dr. Hj. Anhar bin Opir, Timbalan Mufti Selangor. 

             photo 2018 09 18 09 04 16     photo 2018 09 18 08 50 50

Seterusnya khutbah Jumaat telah disampaikan oleh khatib, Ustaz Khairiamri bin Ahmad, Penolong Mufti (Buhuth) dan dialog 30 minit dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Ketua Penolong Mufti telah berlangsung selepas selesai solat Jumaat. Jabatan turut mengedarkan bahan terbitan dan risalah berkaitan fatwa kepada jemaah masjid.

photo 2018 09 18 08 51 03   photo 2018 09 18 08 50 28

Turut hadir semasa program adalah nazir, YBhg. Tuan Hj. Abdul Rahman bin Satam serta para pegawai dari Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak.

photo 2018 09 18 08 51 10    photo 2018 09 18 08 50 44

Jumlah Pengunjung: 717803

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 17 Oktober 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016