Ijtimak Kelab Falak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan : Pertandingan Roket Air 2018

SEREMBAN, 05 SEPT - Sebanyak 20 buah sekolah menengah agama dari empat buah Negeri iaitu dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka terlibat di dalam Pertandingan Roket Air : Ijtimak Kelab Falak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2018.

photo 2018 09 06 09 15 03   photo 2018 09 06 09 15 18

Negeri Sembilan terpilih menjadi tuan rumah bagi acara tersebut dan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bermula seawal 9.00 pagi hari ini.

Roket air merupakan aktiviti yang sinonim dengan kelab-kelab falak sekolah bagi mencetus minat di kalangan pelajar untuk meminati bidang astronomi ini, bermula pada tahun 2011, pertandingan roket air telah menjadi acara tahunan di Sekolah-Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia.

photo 2018 09 06 09 15 24   photo 2018 09 06 09 15 22

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun.

photo 2018 09 06 09 15 27   photo 2018 09 06 09 15 08

Pada tahun 2019, Negeri Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi kelangsungan program Ijtimak Kelab Falak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019.

Suntingan : Azezul Azery bin Zul Azmi

Jumlah Pengunjung: 702341

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 19 September 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016