Program Ibadah Qurban 1439H

Shah Alam - 25 Ogos 2018 :  Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Kebajikan Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan program ibadah qurban bagi tahun 2018/1439H pada 25 Ogos 2018 yang lalu bertempat di dataran parkir Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Program ini merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut disertai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

photo 2018 08 30 09 14 12  photo 2018 08 30 09 14 24

Program yang turut disertai oleh kakitangan dan ahli keluarga ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimulai bacaan doa oleh Ustaz Haji Mohd Daruddin bin Haji Taib @ Hasan (Penolong Mufti (Fatwa)) dan ucapan alu-aluan oleh S.S. Dato' Mufti Negeri Selangor, Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid. Di antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program adalah pertandingan mewarna bagi anak-anak kakitangan di Bangunan Sultan Idris Shah dan juga gotong-royong memasak sajian istimewa untuk disajikan kepada semua kakitangan, ahli keluarga dan pengunjung yang hadir.

photo 2018 08 30 09 14 27   photo 2018 08 30 09 14 20

Jumlah Pengunjung: 702341

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 19 September 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016