Bicara Fatwa Daerah Hulu Langat

Hulu Langat - 3 Mei 2018 seramai 162 orang guru-guru JAIS Daerah Hulu Langat telah mengikuti Program Bicara Fatwa yang dianjurkan Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam bertempat di Dewan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. 

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk "Memasyarakatkan Fatwa" dengan memberi maklumat kepada para peserta berkenaan isu-isu yang difatwakan dan memberi kesedaran supaya fatwa yang dikeluarkan dipatuhi.

photo 2018 05 04 16 36 09

Menurut Ustazah Siti Mariam binti Asaat Penyelia Kanan Akademik, Unit Pendidikan Islam berkata: "Program ini sangat bermanfaat dan berharap ia dapat diadakan lagi dengan lebih kerap, supaya pemahaman para guru lebih mantap atas setiap fatwa yang diketengahkan". 

photo 2018 05 04 16 35 33

Antara pengisian program kali ini ialah slot pertama berkenaan fatwa Ajaran/ Fahaman Sesat yang disampaikan oleh Ustaz Jamali bin Mohd Adnan, slot kedua berkenaan fatwa Sosial & Syariah yang disampaikan oleh Tuan Hj. Mat Jais bin Kamos dan slot ketiga yang disampaikan oleh Dato' Abdul Majid bin Omar berkenaan Santai 30 Minit Bersama Duta Wakaf Selangor.  

photo 2018 05 04 16 36 06    photo 2018 05 04 16 36 02     photo 2018 05 04 16 35 58     

Akhirnya, diharap dengan penganjuran program ini para peserta dapat memahami dan menyebarluaskan maklumat tersebut kepada masyarakat umum seluruhnya.

Jumlah Pengunjung: 702337

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 19 September 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016