Bicara Fatwa Daerah Klang

Klang - 19 April 2018 Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Daerah Klang telah mengadakan Program Bicara Fatwa bertempat di SRA Sg. Udang Klang yang melibatkan para peserta daripada guru-guru JAIS. 

photo 2018 04 20 10 46 32

Objektif penganjuran program adalah memberi maklumat kepada para peserta berkenaan isu-isu yang difatwakan dan memberi kesedaran supaya fatwa dipatuhi. Dalam masa yang sama ia merupakan salah satu usaha Jabatan untuk "memasyarakatkan Fatwa".

    photo 2018 04 20 10 47 25

Menurut Ustazah Fatimah binti Saleh, Guru Besar SRA Sg. Udang, berkata: "Program ini sangat tepat pada masanya yang mana pada ketika ini Agama Islam dicabar oleh pelbagai pihak. Semoga penganjurannya dapat memberi pendedahan fatwa-fatwa yang berkaitan kpd masyarakat". 

Antara pengisian program kali ini ialah slot pertama berkenaan fatwa Ajaran/ Fahaman Sesat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin, slot kedua berkenaan fatwa Sosial & Syariah yang disampaikan oleh Ustaz Mat Jais bin Kamos dan slot ketiga yang disampaikan oleh Dato' Abdul Majid berkenaan Santai 30 Minit Bersama Duta Wakaf Selangor.  

photo 2018 04 20 10 47 31   photo 2018 04 20 10 47 21  photo 2018 04 20 10 47 28

Akhirnya, diharap dengan penganjuran program ini dapat memberi maklumat kepada para peserta berkenaan kefatwaan dan memberi kesedaran agar setiap fatwa yang telah diputuskan dapat dipatuhi seterusnya "Memasyarakatkan Fatwa" dalam kalangan masyarakat khususnya rakyat di Negeri Selangor.

photo 2018 04 20 12 09 44

Jumlah Pengunjung: 628068

  • Kemaskini Terakhir: 23 Mei 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016